Saturday, April 19, 2014

Typical Malaysian.

Assalamualaikum :)

Well hollo people. Aku rasa macam dah lama tak update since tahap blur aku bertambah semenjak cuti berbulan bulan ni. Last entry aku bout isu MH370, Jasmine Johari tipu rakyat Malaysia. Aku ingat cuti berbulan2 ni banyak entry yg aku update, tp agak slow. Ah it's okay orang tak rindu aku. Haha. 

So hari ni aku nak update pasal Typical Malaysian. Tahu tak apa itu tipikal ? Kalau tak tahu meh Cik Yana Abell bagitahu apa itu typical. Tipikal ialah normal, biasa. Tipikal Malaysia or Tipikal Melayu ni habit orang kita selalu buat. Adaaa paham ? Okay bagus. Muehehe.

Entry kali ini berdasarkan pengalaman and apa yang aku lihat sepanjang aku hidup serta apa yang aku selalu buat tak kira la public area ke dekat atas jalan ke apa ke. 




1st, korang perasan tak, perasan tak bila dekat atas jalan kan situasinya dimana bila traffic light warna kuning kita suka pecut to the max sebab tak nak kena lampu merah ? Kan kan ? Eh tak semua tapi rasanya 99% suka buat macam tu. Iye dok ? Ehem ehem. Aku selalu buat. Eh tak selalu la. Kadang2 warna kuning baru je tukar aku dah berhenti. Sopan kan ? Kuikuikui

2nd, PUSH PULL. Hang tau dak apa itu tolak tarik ? Alaa. Pintu yang org letak sign. Taktahu jugak ? Ni dia gambarnya ha



Kenapa dgn sign ni ? Okay. As kita pernah belajar kan Pull tu tarik, Push tu tolak. Tapi ramai je tertukar push tu tarik pull tu tolak. Tak gitu ? Kadang2 aku rasa mcm bodoh pun ada, bukan apa la kan. Dah terang2 tulisan push tu ada aku tetap jugak pergi tarik. Muehehe. Nak buat mcm mana, dah mmg aku suka buat macam tu ;p



3rd, dengki. Yes dengki. Alah. Bila sebut dengki, mesti korang pandang benda tu suatu yang negative kan ? Tapi sbenarnya dengki tu ada dua. DUA. Dua2 pun dah jadi habit melayu kita kan.

Dengki negative.

Rata2 dengki negative ni tanpa sebab yang munasabah tau ? Dengki bila kita takde, tak memiliki sesuatu yang kita nak then bila tengok someone tu ada yang kita takde kita rasa tercabar. Contohnya la kan, si Minah A dress biasa2 je tapi bila pandang tu kira macam sedap mata memandang la. Orang pun duk puji puji cantik la lawa la apa la. Tapi si Minah B pulak sikit sikit nak kondem si Minah A ni. Si Minah A ni takde pulak nak sakitkan hati dia, jaga tepi kain si B ni. Faham ? 

Okay tu contoh je la. Actually banyak lagi. Dan aku rasa la dengki ni kebiasannya datang drpd perempuan la. Tu pandangan aku sebab kadang2 aku pun macam tu. Haha. 

Dengki positive.

Dengki positive ni something benda yang sihat tau ? Tapi tak ramai lah kot yang ada habit dengki positive ni. Contohnya lah kan, korang ada kawan, tapi kawan korang tu selalu je dapat highest marks tak kira la exam ke test ke. Lepas tu korang rasa mcm dengki gila ah kan. Tapi korang takde la negative thinking ke nak cakap dia tu bawak toyol time exam sebaliknya korang akan cuba fight result dia. Tak gitu ? Hihihi

Point keempat, tak boleh terima teguran

Eh eh eh. Macam terkena diri sendiri. Haha. Actually orang melayu kita ni boleh terima teguran. Tapi katanya kena berhemah. Bukan secara maki, perli dan sewaktu dengannya. Tapi ada jugak bila kita dah tegur cara elok, personal gitu tapi dia tak boleh terima. Siap cakap 'Awak siapa nak judge saya ?' Haaa pulak dah. Orang macam ni tegur skali dua kalau tak nak trima kena biooo je. Biar dia fikir sendiri. Tapi tak bermaksud kena biarkan terus. Bahaya. Nanti merebak pulak dekat orang lain.




And last point is, buka aib, maruah tercalar
People nowadays memang ramai la yang ada insta, facebook, twitter bla bla bla etc. Aku malas nak menaip so copy paste drpd status aku yang lepas :

"Org sekarang cepat melatah. Tunjuk kebodohan sendiri dekat Facebook, post itu post ini bila org pergi screen captured upload then publish katanya menjatuhkan maruah, bukak aib. Sbenarnya hang sendiri bukak aib duk update itu ini bangga tunjuk kebodohan sendiri lepastu bila org lain tolong share kan marah pulak."

Point aku ni tak tuju dekat sape2. Cuma aku terfikir jugak lah dekat sesetengah manusia yang selalu je tunjuk kebodohan diri sendiri lepastu nak salahkan orang lain. Kalau dia tau apa itu maruah dan aib, dia tak kan bukak crita sendiri dekat orang :) Itu baru betul. 


So aku rasa ni je kut yang dapat aku share dekat blog untuk kali ini. Maaf untuk kegunaan 'aku' dan mintak ampun mintak maaf sekiranya entry aku kali ini agak kasar ye. Takmau marah marah, lepak chill je okay. Hoho.

Pictures from Mr.Google.


-Peace be upon u-


5 Y A N N M O H D: Typical Malaysian. Assalamualaikum :) Well hollo people. Aku rasa macam dah lama tak update since tahap blur aku bertambah semenjak cuti berbulan bulan ni...

11 comments:

Nadratul Syazwana said...

Yg first tuu hahaha Nad ajar ibu pecut je kalau dah kuning hahah

Hawa Faqihah said...

Orang melayu kalau terlebih dengki sampai guna sihir pun ada.Nauzbillah ~~

YanaAbell said...

Nad : Hahaha. Bagus betul anak xD Mematuhi undang2.

YanaAbell said...

Hawa : Tu la pasal. Dah banyak sgt mcm tu. Smoga kita smua jauh drpd benda syirik khurafat segala. Inshaa Allah.

Ira said...

hmmm ira ade bbrp2 kawan yg sebijik mcm entry last tu...hrp die sedar suatu hari nnt

YanaAbell said...

@Nurul Hazirah : Ha'ah ramai kan ? Adoii. Same goes here. Ada jugak. Inshaa Allah :)

yayaaa ismail said...

hehe . yg pintu push pull tuu yaya selalu jugak terkenaa . hahaha .

YanaAbell said...

Yaya : Hehehe. Tau takpe. Dh mcm adab jadinya xD

Niena Reen said...

Hehe, memang betul lerr tu.. :D

Asri ali gur said...

Singgah sini

Unknown said...

yup . agak tipikal di situ .

Semua nak cepat , langgar segala lampu isyarat , tapi tetap popular dgn sifat lambat . mcm mana tu? hee .

part pull push tu , setiap kali jumpe perkataan tu , mesti fikir dulu , pull ape?push ape? eheh . tibe2 lupa kan. hehe

Manusia ni mmg ada sifat PHD . perasaan hasad dengki .

=)

< >